Tuesday, June 11, 2013

BERSAMA KETUA SKMM WILAYAH JOHOR DAN MELAKA PUAN ROSZETA KASSIM

Salam kepada semua, hari ini 11 Jun 2013 kami bertemu secara langsung dengan Pn Roszeta Kassim
 (SKMM Head Southern Region) di pejabat SKMM Johor Bahru di menara Ansar. Pertemuan PUCJ bersama beliau adalah sebagai usaha untuk membantu usahawan yang masih belum lagi mendapat bantuan RM1000. Menurut beliau sehingga kini dana peruntukan yang masih belum dipohon adalah berbaki 45 Juta untuk 45000 orang usahawan. Pihak Kerja SKMM sememangnya mengalu-alukan ngo seperti PUCJ agar dapat membantu menyebar maklumat dan dalam masa yang sama menggalakkan usahawan memohon dana yang telah disediakan. Justeru itu Usahawan mestilah berinisiatif untuk merebut peluang yang ada.





Dari segi PUCJ pengerusi meminta kepada ahli-ahli yang telah memohon agar dapat emelkan status permohonan geran SKMM mereka kepada emel persatuan "pucjohor@gmail.com" sebagai rujukan dan untuk diforwardkan terus kepada Ketua Wilayah PN Roszeta sendiri. Keperihatinan beliau amat dihargai.

Kepada mereka yang masih belum lagi memohon geran SKMM ini amatlah digalakkan. Sila Tel 0197989836 (Pengerusi) atau 0197648390 ( En Mohd Ali) untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.