Wednesday, May 1, 2013

TAKLIMAT BANTUAN KEUSAHAWANAN OLEH PUNB, PNS DAN TEKUN DI MRSM BENUT 1 MEI 2013

Hari ini pucj mengambil inisiatif mengintai peluang yang hendak dikongsikan oleh gabungan punb, pns dan tekun. Secara amnya program anjuran puteri umno pontian ini patut mendapat pujian. Dengan adanya program begini maka maklumat yang hendak disampaikan pasti jelas dan audiens dapat berinteraksi secara terus jika ada kemusykilan. Pada pengamatan saya usahawan kita sudah ada daya saing yang tinggi dan mengamalkan sikap kompetitif yang sihat. Salah satu perniagaan yang menarik ialah dobi nano yang diusahakan oleh anak muda bernama en amran seorang johorean. Beliau sudah mempunyai 35 outlet franchise ketika berumur 31 tahun. Hebat bukan thumbs up!
Semua kejayaan itu menurut amran adalah dari sokongan keluarga dan rakan dan yang paling penting never give up! "Apa yang anda lihat sekarang ini ialah ketika saya berjaya namun semasa saya sedang membina perniagaan ini banyak cabarannya" Beliau bersyukur kerana usahanya tidak sia-sia. Beliau juga menyokong konsep pucj iaitu ingin menyatukan usahawan dan berniaga secara berkomuniti. Usahawan melayu perlu disedarkan kepentingan bersatu dalam perniagaan supaya lebih teguh dan hasilnya nanti akan dinikmati bersama. Sikap buruk sangka dan hasad dengki didalam diri perlu disingkirkan kerana Allah akan membantu hambanya yang membantu orang lain untuk berjaya. Ingatlah rezeki itu pemberian Allah sahaja manusia hanyalah sebagai alat. Lebih banyak kita menghulur bantuan lihatlah nanti betapa datang rezeki yang tidak disangka sangka.
Selepas ini pucj akan menganjurkan lebih banyak aktiviti keusahawanan. Teruskan sokongan anda! We work together for our brighter future! join hands my fellow entrepreneurs and believe that success is achievable if  we are united.


 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.