MENGENAI KAMI


PENUBUHAN

Persatuan Usahawan Cemerlang Johor telah ditubuhkan dan mendapat kelulusan pada 1 MAC 2013 ( no ros PPMOO70101032013). PUCJ ditubuhkan untuk membentuk rangkaian atau jaringan usahawan yang genuine dan mengamalkan konsep helping each other for everybody success. Dengan slogan BERSATU BERILMU dan BERPENDAPATAN akan memberi inspirasi kepada ahli persatuan untuk komited dan berjaya dalam satu komuniti yang sihat.


MISI

Menjayakan hasrat dan harapan ahli supaya dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi


VISI

Mewujudkan kerjasama, rasa tanggungjawab, jujur, amanah, kooperatif dan membantu sesama ahli.


MATLAMAT


1. Membantu ahli menambah pendapatan melalui 
    aktiviti perniagaan dan jaringan industri dalam persatuan.
2. Menjaga kebajikan ahli
3. Menyalurkan informasi yang berguna kepada ahli
4. Membentuk jaringan usahawan melalui aktiviti perniagaan.
5. Menyediakan satu platform interaksi dikalangan masyarakat
    usahawan
6. Membentuk satu komuniti yang komited dan berprinsip























KEAHLIAN PERSATUAN USAHAWAN CEMERLANG JOHOR

KEAHLIAN

1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut;
  1. Ahli Biasa
  • Umur Minima : 18-60 Tahun
  • Kawasan/Negeri : Johor
  • Keturunan/Bangsa : Terbuka
  • Jantina : Terbuka
  • Agama : Terbuka
  • Kriteria Keahlian Yang Lain : Warganegara malaysia
  1. Ahli Bersekutu
    Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
  2. Ahli Kehormat
    Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.
  3. Ahli Remaja
    Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah.Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.
2.      Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.

3.      Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar  yuran seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.


SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:
1. Yuran Tahunan:
RM 120.00 (RinggitMalaysia Satu ratus Dua Puluh Sahaja)
2. Yuran
a) Yuran tahunan
Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan
b) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2  tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
c) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga ( 3 ) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli pertubuhan dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
d) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
e) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yurantahun.
3. Sumbangan.
         Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan         barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.

4. Kutipan Derma.
          Pertubuhan ini boleh membuat kutipan derma daripada orang ramai dengan syarat kebenaran pihak berkenaan diperolehi terlebih dahulu.

5. Kegiatan Ekonomi.
           Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.