Monday, March 4, 2013

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN USAHAWAN CEMERLANG JOHOR




Pada 8 Mac telah diadakan taklimat geran RM 1000 di bangunan Mara Kulai dan disampaikan En Syed Isa dari SKMM Johor. Ramai usahawan yang hadir. Kepada ahli persatuan PUCJ digalakkan untuk memohon sebab geran tersebut bukannya pinjaman. Rm 1000 akan dimasukkan kedalam akaun pemohon dalam masa 30 hari.
Menurut En Isa permohonan sehingga Mac adalah 4791 dan hanya 288 sahaja yang diluluskan. Ramai yang memohon tapi tidak dapat mengikut syarat yang ditetapkan. Oleh itu ahli persatuan PUCJ janganlah ketinggalan untuk memohon dana ini selagi ada.


Syarat-Syarat Kelayakan
1) Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
2) Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
3) Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
4) Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
5) Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
6) Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Peruntukan geran RM1000 ini boleh dimohon melalui laman sesawang SKMM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.