Ramai yang beranggapan, ilmu mengenai pertolongan cemas adalah sesuatu yang membosankan dan tidak penting. Anggapan seperti...
"Tidak mengapalah! Saya tidak pernah alami kemalangan!"
"Orang lain ada, insyallah akan tolong saya bila saya alami kemalangan!"
"Apa susah-susah, kalau kemalangan, dail je lah 999!"
|
Hakikatnya, apabila berlaku sesuatu kemalangan, lebih ramai yang terpinga-pinga dan hanya memerhatikan sahaja. Semuanya buat tak tahu sahaja, maklumlah, bukan saudara-mara atau ahli keluarga mereka yang "kena".
Malang tidak berbau, jika hari ini anda tidak pernah mengalami kemalangan, ianya tidak bermakna anda tidak akan mengalami kemalangan sampai bila-bila. Apabila sudah "terkena" , sama ada pada diri sendiri atau pada saudara-mara dan ahli keluarga, selalunya, mereka yang berhampiran hanya tahu terjerit-jerit dan menangis. Perasaan bingung, takut, sedih, terkejut dan buntu menyelubungi diri, TIDAK TAHU apa yang perlu dilakukan. Tambah parah lagi, tiada orang lain yang ada di tempat kejadian. Hanya anda dan juga si mangsa. Mahu dail 999? Paling cepat, ambulan akan sampai dalam masa 15 minit, itu paling pantas jika tiada sebarang masalah kesesakan lalulintas ataupun masalah ketiadaan ambulan "standby". Selalunya, ambulan akan sampai dalam masa 30 minit hingga 90 minit selepas anda membuat panggilan.
Untuk itu PUCJ bersama Tn Razuli telah mengambuil inisiatif untuk memberi ceramah kepada pelajar SMK Dato' Rahman Andak Simpang Renggam. Diharap inisiatif ini akan memberi manfaat kepada pelajar dan juga warga sekolah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.