Sunday, June 2, 2013

BERSAMA YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN DAN PEGAWAI-PEGAWAI KEMENTERIAN KEWANGAN

Pada 1 Mei PUCJ dengan izin Allah dapat dipertemukan dengan

YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN 
TIMBALAN MENTERI KEWANGAN
MERANGKAP KETUA PENERANGAN UMNO
MERANGKAP AHLI PARLIMEN PONTIAN

Kami sampai di pejabat Datuk pada jam 9.30 pagi di benut dan kelihatan ramai penduduk yang telah menunggu untuk bertemu beliau bagi mengajukan pelbagai permasalahan. Alhamdulillah dalam kesibukan itu datuk masih dapat meluangkan masa dan menyambut kami dalam senyuman walaupun terikat dengan jadual kerja yang padat. Dalam pertemuan ringkas selama 10 minit itu PUCJ menerangkan halatuju persatuan dan misinya dan alhamdulillah beliau menyokongnya. Sehubungan itu satu program akan diadakan dikawasan parlimen pontian  dan Datuk akan merasmikannya.

Dalam masa yang sama PUCJ sempat memberi sedikit taklimat dan penerangan persatuan kepada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan yang ada bersama dengan Datuk hasilnya - satu program akan diadakan dalam masa terdekat untuk staff-staff kementerian kewangan. Alhamdulillah.

Teruskan sokongan anda kepada PUCJ sehingga misi dan visi kita tercapai. Ingatlah kalau kita bersatu kita pasti teguh. Wassalam

BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI KEMENTERIAN KEWANGAN 

PENGERUSI SEDANG MENERANGKAN PROGRAM PUCJ KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI DATUK

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.