10 Mei Pejabat kesihatan pontian menganjurkan Program pembangunan insan dan ekonomi yang disertai hampir 30 peserta terdiri dari staff dan juga pesakit. PUCJ amat berbesar hati kerana dijemput bersama menjayakan program tersebut. Menurut Dr Haminah Sadimon program bersama seperti ini amatlah baik kerana institusi kerajaan dan juga NGO berperanan untuk memberi kesedaran kepentingan mempertingkat dan memperbaiki kualiti hidup dari segi sahsiah dan ekonomi kepada masyarakat. Menurut beliau penekanan kerohanian amatlah penting kerana masyarakat kadang-kadang alpa dengannya sehingga menyebabkan seseorang itu hilang pedoman.
Melalui program
HEARTRICH DAN NURUL FURQAN PUCJ, beliau yakin pucj dapat membantu menyedarkan masyarakat kepentingan menjaga dan upgrade kualiti hidup tanpa meninggalkan aspek kerohanian yang teramatlah penting dan dalam masa yang sama menekankan juga aspek keusahawanan.
PUCJ juga akan bekerjasama lagi dengan pusat kesihatan pontian pada 17 MEI nanti dalam program yang lain.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.