Ada beberapa keratan akhbar yang secara sepintas lalu memberi banyak makna. NGO perlu bersatu. Secara ringkasnya banyak diantara kita hari ini dikategorikan sudah berjaya namun kejayaan itu adalah kejayaan individu tetapi bukan secara ukhwah. Lantas itulah kesedaran penggabungan antara kita mesti kita mesti diperjuangkan untuk membentuk masyarakat dan bangsa yang lebih kuat dan bersepadu. Dari satu sudut, bangsa lain berlumba-berlumba setiap hari menubuhkan dan mendaftarkan persatuan mereka kerana mereka sedar akan kepentingan bersatu bukan sahaja untuk mereka tetapi untuk generasi yang mendatang.
Seorang pegawai - Hjh Normah bt Hj Kasmuri memberitahu kebanyakan orang kita menubuhkan persatuan tetapi dibelenggu dengan pelbagai isu, - seperti tidak berdaftar, tidak ada akaun persatuan, tiada aktiviti, perbalahan antara ajk dan akhirnya lenyap begitu sahaja. Sudah tiba masanya kita mempromosikan penyatuan di kalangan kita dan kita perbanyakkan lagi penubuhan ngo baru.
Hasrat PUCJ untuk menjalinkan hubungan sesama usahawan sememangnya tepat pada masanya. Ramai usahawan kita yang berjaya namun bila ditanya sekiranya mereka menganggotai pertubuhan apa jawapannya tiada. Sebab itu kejayaan individu perlu ditonjolkan dalam persatuan sebagai inspirasi kepada semua ahli didalamnya. Konsep mentor mentee sesuai dijalankan, yang sudah berjaya memberi sokongan kepada yang baru akhirnya kejayaan itu akan menjadi lebih luas
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.