Sunday, April 21, 2013

PELUANG NIAGA KEPADA BELIA

BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membantu belia berniaga dengan menggunakan motosikal roda tiga mulai tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka akan dilatih dan diberi pinjaman sehingga RM15,000 seorang tanpa faedah yang bayaran baliknya adalah antara tiga hingga tujuh tahun.
"Seramai 500 belia di seluruh negara akan diberi pinjaman modal. Dalam fasa pertama yang akan bermula tidak lama lagi, seramai 50 belia akan terbabit," katanya yang juga Ahli Parlimen Bera kepada pemberita selepas merasmikan program mesra bersama belia di Dataran Krayong di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya antara lima hingga 10 belia di setiap negeri akan diberikan peluang itu.

"Program ini akan dimulakan untuk belia-belia di Semenanjung sebelum diperluas di Sabah dan Sarawak secara berperingkat-peringkat," katanya.

Ismail Sabri berkata, belia berumur 18 tahun yang mempunyai lesen memandu dan berminat untuk menjalankan perniagaan menggunakan motosikal akan diberikan keutamaan.

Sehingga ini seramai 500 belia sudah membuat permohonan bagi menyertai program itu yang dilaksanakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.