Thursday, October 31, 2013

PROGRAM LEARN CPR AIDS PUCJ BERSAMA EN RAZULI BIN TULOS PENOLONG PEGAWAI KANAN PERUBATAN DI SMK DATO' RAHMAN ANDAK

Ramai yang beranggapan, ilmu mengenai pertolongan cemas adalah sesuatu yang membosankan dan tidak penting. Anggapan seperti...
"Tidak mengapalah! Saya tidak pernah alami kemalangan!"
"Orang lain ada, insyallah akan tolong saya bila saya alami kemalangan!"
"Apa susah-susah, kalau kemalangan, dail je lah 999!"
Hakikatnya, apabila berlaku sesuatu kemalangan, lebih ramai yang terpinga-pinga dan hanya memerhatikan sahaja. Semuanya buat tak tahu sahaja, maklumlah, bukan saudara-mara atau ahli keluarga mereka yang "kena".
Malang tidak berbau, jika hari ini anda tidak pernah mengalami kemalangan, ianya tidak bermakna anda tidak akan mengalami kemalangan sampai bila-bila. Apabila sudah "terkena" , sama ada pada diri sendiri atau pada saudara-mara dan ahli keluarga, selalunya, mereka yang berhampiran hanya tahu terjerit-jerit dan menangis. Perasaan bingung, takut, sedih, terkejut dan buntu menyelubungi diri, TIDAK TAHU apa yang perlu dilakukan. Tambah parah lagi, tiada orang lain yang ada di tempat kejadian. Hanya anda dan juga si mangsa. Mahu dail 999? Paling cepat, ambulan akan sampai dalam masa 15 minit, itu paling pantas jika tiada sebarang masalah kesesakan lalulintas ataupun masalah ketiadaan ambulan "standby". Selalunya, ambulan akan sampai dalam masa 30 minit hingga 90 minit selepas anda membuat panggilan.

Untuk itu PUCJ bersama Tn Razuli telah mengambuil inisiatif untuk memberi ceramah kepada pelajar SMK Dato' Rahman Andak Simpang Renggam. Diharap inisiatif ini akan memberi manfaat kepada pelajar dan juga warga sekolah









Monday, October 14, 2013

PROGRAM USAHASAMA UTM DAN PARIT MARJUNIT DI BENUT PADA 12 OKT ( LESTARI DESA)

Pada 12 Oktober 2013 PUCJ telah mendapat undangan dalam program Lestari desa oleh Pihak UTM dan JKKK Pt Marjunit Benut. Pucj dijemput untuk memberi ceramah tentang keusahawanan kepada pelajar utm dan penduduk sekitar kampung. Perasmi Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato Ahmad b Maslan Timb.Menteri kewangan Malaysia merangkap Wakil Parlimen Pontian. Tujuan utama PUCJ dijemput adalah untuk menerangkan kepentingan masyarakat melibatkan diri dalam NGO dan juga kebaikannya.












Saturday, September 28, 2013

PROGRAM HEARTRICH

Program Heartrich merupakan salah satu aktiviti PUCJ. Kepada ahli anda dijemput untuk menghadirinya pada 29hb Sept 2013 di kompleks usahawan mara PUSMA Skudai di UTM technovation park sila lihat peta dibawah sebagai panduan. Program akan bermula jam 8.30 pg - 2.30 petang sarapan dan makan tgh disediakan tk.

PUSMA SKUDAI
Lot PTD 19030, Km 20 Jalan Pontian Lama, 81310 Skudai, JOHOR



Google Maps Generator by RegioHelden

Friday, July 26, 2013


Heart Generator

Salam sejahtera kepada semua, sempena dibulan yang mulia ini dan hari Raya yang bakal menjelang tiba PUCJ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Semoga kita semua akan memperoleh keberkatan dan hidayah agar perjalanan hidup kita di dunia akan menjadi lebih baik dan berjaya. Disamping kita bergembira jangan dilupa saudara mara, rakan taulan seagama kita yang susah. Hulurkan bantuan bagi yang berkemampuan janganlah membiarkan mereka menderita kerana orang yang beriman bukan sahaja diminta menjaga  hubungannya dengan Allah malah sesama manusia juga amat dituntut. Terima Kasih.

Tuesday, June 11, 2013

BERSAMA KETUA SKMM WILAYAH JOHOR DAN MELAKA PUAN ROSZETA KASSIM

Salam kepada semua, hari ini 11 Jun 2013 kami bertemu secara langsung dengan Pn Roszeta Kassim
 (SKMM Head Southern Region) di pejabat SKMM Johor Bahru di menara Ansar. Pertemuan PUCJ bersama beliau adalah sebagai usaha untuk membantu usahawan yang masih belum lagi mendapat bantuan RM1000. Menurut beliau sehingga kini dana peruntukan yang masih belum dipohon adalah berbaki 45 Juta untuk 45000 orang usahawan. Pihak Kerja SKMM sememangnya mengalu-alukan ngo seperti PUCJ agar dapat membantu menyebar maklumat dan dalam masa yang sama menggalakkan usahawan memohon dana yang telah disediakan. Justeru itu Usahawan mestilah berinisiatif untuk merebut peluang yang ada.





Dari segi PUCJ pengerusi meminta kepada ahli-ahli yang telah memohon agar dapat emelkan status permohonan geran SKMM mereka kepada emel persatuan "pucjohor@gmail.com" sebagai rujukan dan untuk diforwardkan terus kepada Ketua Wilayah PN Roszeta sendiri. Keperihatinan beliau amat dihargai.

Kepada mereka yang masih belum lagi memohon geran SKMM ini amatlah digalakkan. Sila Tel 0197989836 (Pengerusi) atau 0197648390 ( En Mohd Ali) untuk maklumat lanjut.

Sunday, June 9, 2013

SKMM JOHOR DAN PUCJ BEKERJASAMA MEMBANTU USAHAWAN MENDAPATKAN GERAN GMBO SKMM 1000


Salam pucj menawarkan khidmat membuat website dan domain untuk individu-individu yang memerlukan khidmat website sebagai syarat mendapatkan geran yang ditawarkan skmm. Dengan sokongan skmm pucj yakin akan dapat membantu dan memberi khidmat terbaik.

Menurut en azmi bin abd samad timbalan pengarah di SKMM JOHOR kebanyakan permohonan yang dibuat oleh usahawan tidak menepati syarat keperluan.  Sehubungan itu inisiatif PUCJ untuk membantu usahawan adalah usaha yang amat digalakkan dan pasti mendapat sokongan SKMM

Bersama En Azmi Abd Samad (SKMM)

 PUCJ mengenakan kos yang amat berpatutan kerana kos termasuk
1. Yuran keahlian pucj rm120
2. Yuran website dan domain rm230

Jumlah keseluruhan hanya rm350.00

Anda cuma perlu menyiapkan gambar dan keterangan untuk diisi dalam web nanti

Usahawan dikehendaki menyediakan beberapa untuk memastikan kelancaran proses membangun website dan domain

1. Gambar-gambar produk / kedai atau apa sahaja untuk diletakkan dalam website
2. Nama perniagaan
3. Akaun google jika tiada akan dibuat pada waktu bengkel nanti
4. Nama pemilik perniagaan
5. No pendaftaran perniagaan
6. Alamat perniagaan (sama seperti dalam pendaftaran perniagaan)
7. Slogan@moto
8. Keterangan ringkas perniagaan kepada pelanggan
9. No tel
10. Nama domain yang diingini cthnya spa4u.com.my / salmahcake.com.my
11. Maklumat tambahan yang perlu disampaikan untuk menyokong perniagaan

Monday, June 3, 2013

PUCJ DI PEJABAT EXCO KERAJAAN NEGERI JOHOR

Pada 31 Mei Pengerusi dan S/U PUCJ ke pejabat exco kerajaan negeri Johor yang terletak di Nusajaya. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk bertemu dengan exco-exco dan membincangkan perihal hala tuju PUCJ dan juga mencari sumber maklumat yang berguna untuk ahli persatuan sendiri. Kami disambut baik oleh pegawai-pegawai yang bertugas dan mereka memberi kerjasama ang menyenangkan. Kami sempat berjumpa dengan beberapa exco


YB. Datuk Abd. Latif Bin Nor Sebandi                
Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Johor
Merangkap Adun Endau


YB. Tuan Haji Md Jais Bin Sarday                                                                      
Exco Pendidikan, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor
Merangkap Adun Mahkota


YB. Puan Hajjah Asiah Bt Md Ariff              
Exco Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Johor
Merangkap Adun johor Lama

YB. Tuan Haji Abd. Mutalib Bin Abd. Rahim              
Exco Agama Negeri Johor
Merangkap Adun Layang-Layang


Insha Allah dengan pertemuan ini PUCJ akan terus berkembang dan dapat melaksanakan banyak lagi program kemasyarakatan khususnya untuk ahli-ahli sekelian teruskan sokongan anda. KITA BERSATU, KITA BERILMU DAN TERUS MENINGKATKAN TRAF SOSIO EKONOMI BERSAMA








Sunday, June 2, 2013

BERSAMA YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN DAN PEGAWAI-PEGAWAI KEMENTERIAN KEWANGAN

Pada 1 Mei PUCJ dengan izin Allah dapat dipertemukan dengan

YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN 
TIMBALAN MENTERI KEWANGAN
MERANGKAP KETUA PENERANGAN UMNO
MERANGKAP AHLI PARLIMEN PONTIAN

Kami sampai di pejabat Datuk pada jam 9.30 pagi di benut dan kelihatan ramai penduduk yang telah menunggu untuk bertemu beliau bagi mengajukan pelbagai permasalahan. Alhamdulillah dalam kesibukan itu datuk masih dapat meluangkan masa dan menyambut kami dalam senyuman walaupun terikat dengan jadual kerja yang padat. Dalam pertemuan ringkas selama 10 minit itu PUCJ menerangkan halatuju persatuan dan misinya dan alhamdulillah beliau menyokongnya. Sehubungan itu satu program akan diadakan dikawasan parlimen pontian  dan Datuk akan merasmikannya.

Dalam masa yang sama PUCJ sempat memberi sedikit taklimat dan penerangan persatuan kepada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan yang ada bersama dengan Datuk hasilnya - satu program akan diadakan dalam masa terdekat untuk staff-staff kementerian kewangan. Alhamdulillah.

Teruskan sokongan anda kepada PUCJ sehingga misi dan visi kita tercapai. Ingatlah kalau kita bersatu kita pasti teguh. Wassalam

BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI KEMENTERIAN KEWANGAN 

PENGERUSI SEDANG MENERANGKAN PROGRAM PUCJ KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI DATUK

KELAS PEMBANGUNAN WEB DAN DOMAIN UNTUK GERAN GMBO SKMM

Salam kepada usahawan yang berminat untuk memohon GERAN GMBO SKMM. PUCJ akan mengadakan bengkel khas pembangunan website dan domain sebagai salah satu syarat untuk memohon GERAN GMBO SKMM RM1000

Bengkel ini akan diadakan pada

Khamis 16 JUN 2013
Di Pasir Gudang
8.30 a.m - 1.00 p.m

Yuran Penyertaan : RM320 ( Yuran PUCJ Rm120 + Yuran Bengkel website Rm170+      Bayaran domain .com.my Rm30 dan juga sarapan dan makan tengahari)

Jumlah peserta : 80 orang

Para peserta dikehendaki menyediakan beberapa perkara sebelum masuk bengkel untuk memastikan kelancaran proses membangun website dan domain
  1. Gambar-gambar produk / kedai atau apa sahaja untuk diletakkan dalam website
  2. Nama perniagaan
  3. Akaun google jika tiada akan dibuat pada waktu bengkel nanti
  4. Nama pemilik perniagaan
  5. No pendaftaran perniagaan
  6. Alamat perniagaan (sama seperti dalam pendaftaran perniagaan)
  7. Slogan@moto
  8. Keterangan ringkas perniagaan kepada pelanggan
  9. No tel
  10. Nama domain yang diingini cthnya spa4u.com.my / salmahcake.com.my
  11. Maklumat tambahan yang perlu disampaikan untuk menyokong perniagaan

Maklumat -maklumat diatas adalah penting untuk menarik minat pelanggan kepada website peserta. Sila rancang awal untuk memudahkan proses membangun web

*Peserta Bengkel dikehendaki membawa peralatan laptop dan juga Broadband akses internet

Yuran Rm 320 hendaklah dibayar ke akaun

AKAUN RHB "PERSATUAN USAHAWAN CEMERLANG JOHOR"
( 25109400013414) SILA SIMPAN RESIT SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN

PENGESAHAN KEHADIRAN

Sila sahkan kehadiran dengan smskan nama dan taip "hadir" ke no 0197648390
Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke 0197989836 / 0197648390

Semua usahawan adalah digalakkan memohon kerana ini adalah salah satu inisiatif untuk memartabatkan profession usahawan!